Search This Blog

Thursday, April 28, 2011

Model Kayak ( Bahan Bantu Mengajar / BBM )

( Model Kayak )

Model kayak yang saya hasilkan ini merupakan bahan bantu mengajar bukan elektronik (BBM). Model kayak ini dihasilkan menggunakan bahan seperti kotak ubat gigi, penyedut minuman dan pita pelekat. Idea untuk menghasilkan model kayak ini timbul selepas saya mendapati bahawa aktiviti berkayak merupakan suatu aktiviti rekreasi yang menyeronokkan. Namun begitu, di sekolah pendedahan tentang aktiviti berkayak amat kurang disebabkan oleh kekangan untuk mendapatkan kayak sebenar kerana kos untuk membeli kayak agar tinggi. Oleh itu, saya berasakan bahawa model kayak yang saya cipta ini agak sesuai sebagai bahan bantu mengajar untuk menerangkan tentang aktiviti kayak diperingkat pengenalan kepada pelajar. Dibawah berikut ialah foto - foto model kayak yang saya hasilkan yang diambil dari pelbagai sudut.



( Pandangan sisi )


( Pandangan atas )


( Pandangan depan )


( Pandangan depan / atas )


( Paddle / Pendayung )


( Pandangan sisi & atas )

video kemahiran servis dalam sepak takraw


Video ini merupakan hasil daripada projek kumpulan untuk subjek GGGE2153 Teknologi Pendidikan. Video ini dihasilkan adalah bertujuan untuk menerangkan tentang teknik - teknik yang boleh digunakan dalam melakukan servis dalam permainan sepak takraw. Pelajari teknik -teknik servis sepak takraw melalui video tersebut. Antara yang terlibat dalam menghasilkan video ini ialah Mohd Syarizal Bin Md Isa ( Narrator ) Azrisafwan Bin Alias ( pelaku/ Apit kanan ) Muhd Hanif Bin Hizan ( pelaku / Tekong ) Sudin Mankau ( Juruedit ) dan saya Dennis Alap Anak Jantai ( Jurugambar )

Wednesday, March 23, 2011

"The Pocketrocketman"





Azizulhasni Awang " The Pocketrocketman " itulah judul buku yang saya pilih untuk diterbitkan sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian suatu hari nanti. Saya memilih untuk menulis tentang Azizulhasni Awang disebabkan tertarik dengan kehebatan beliau yang merupakan pelumba basikal trek kebanggaan negara. Mendapat jolokan " The Pocketrocketman" disebabkan penampilan yang dimilikinya. Walaupun masih muda namun kejayaan yang dimilikinya dalam sukan berbasikal harus dibanggakan. Anak kelahiran Terengganu ini memiliki keistimewaan yang tersendiri menyebabkan beliau semakin digeruni di atas trek. Apa - apapun kita mengharapkan semoga " The Pocketrocketman" akan terus mengukir nama dalam dunia lumba basikal trek di peringkat antarabangsa. Syabas dan selamat berjuang diucapkan kepada " The Pocketrocketman".

Koleksi video sukan

Dalam entri kali ini pula, saya ingin berkongsi dengan anda semua koleksi -koleksi video sukan yang saya kumpul. koleksi - koleksi video tersebut saya kumpul bertujuan untuk berkongsi pengetahuan tentang kemahiran - kemahiran dalam sukan yang perlu dipelajari oleh mana -mana individu yang terlibat aktif dalam sukan. Video -video tersebut mungkin boleh membantu anda untuk mempelajari sesetengah kamahiran dalam sukan terutamanya guru -guru pendidikan jasmani dan sains sukan.Jom kita perhatikan satu - persatu video tersebut...

Teknik sepakan percuma gaya David Beckham

Sepakan percuma gaya David Beckham adalah antara teknik yang paling digemari oleh pemain -pemain bolas sepak. Namun begitu, bukan mudah untuk mempelajari gaya sepakan percuma tersebut. Tidak ramai pemain yang boleh melakukan sepakan percuma seperti yang dilakukan oleh David Beckham. Apa - apa pun diharap video tersebut dapat membantu anda untuk mempelajari teknik sepakan percuma gaya David Beckham tersebut. Selamat mencuba......



Teknik mengelecek dalam permainan bola sepak

Salah satu kemahiran asas dalam permainan bola sepak ialah kemahiran mengelecek. Terdapat banyak kemahiran mengelecek yang boleh dipraktikan dalam bola sepak. seorang pemain yang menguasai kemahiran mengelecek mempunyai kelebihan untuk melarikan bola. video tersebut mungkin boleh membantu anda untuk meningkatkan kemahiran mengelecek anda..



Teknik menahan bola dalam permainan Hoki

Salah satu kemahiran asas paling penting dalam permainan hoki ialah kemahiran menahan bola. Untuk menahan bola kita memerlukan teknik yang betul. Video tersebut akan menunjukkan teknik -teknik menahan bola yang mungkin boleh membantu anda untuk menguasai kemahiran menahan bola. selamat mencuba...



Teknik mengelecek dalam permainan hoki

Antara kemahiran yang agak sukar untuk dikuasai dalam permainan hoki ialah kemahiran mengelecek.Tidak semua pemain boleh mengusai kemahiran mengelecek dengan baik dalam permainan hoki khususnya pemain amatur. Video tersebut mungkin boleh membantu anda untuk menguasai kemahiran mengelecek dalam permainan hoki..



Teknik berenang dalam sukan renang

Sukan renang antara sukan akuatik yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa. atlet negara kita juga tidak kurang hebat dalam acara renang. Ini dibuktikan dalam pencapaian hebat mereka dalam kejohanan - kejohanan yang dipertandingkan di peringkat serantau. Negara kita masih memerlukan ramai lagi perenang yang hebat untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Video tersebut mungkin boleh membantu anda untuk melahirkan jaguh - jaguh dalam sukan renang suatu masa nanti..



Teknik lompatan dalam acara lompat jauh

Untuk melakukan lompatan yang jauh dan bertenaga kita memerlukan cara dan teknik lompatan yang betul. saksikan video tersebut untuk mempelajari teknik lompatan yang betul untuk menghasilkan lompatan yang jauh dan bertenaga.



Teknik pukulan smash dalam permainan badminton

Pukulan smash adalah antara pukulan yang sering dilakukan oleh pemain badminton untuk mematikan servis lawan. Pukulan smash yang kencang dan tepat memerlukan teknik pukulan yang betul. Pelajari teknik pukulan smash dengan menyaksikan video tersebut.



Teknik mengelecek gaya Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo. Nama yang pastinya menggerunkan kebanyakan pemain pertahanan. Umumnya peminat bola sepak mengetahui bahawa kehebatan Cristiano Ronaldo terletak pada kepantasan beliau dalam melarikan bola yang dibantu oleh kemahiran mengelecek yang hebat. Saksikan video tersebut untuk mempelajari sebahagian daripada teknik popular mengelecek bola yang sering digunakan oleh Cristiano Ronaldo dalam setiap perlawanan.




Aksi menarik Roger Federer dalam permainan tennis

Umumnya semua peminat -peminat sukan tennis pasti mengenali siapa dia si Roger Federer. Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi siapa dia Roger Federer. Apa yang pasti beliau ialah antara pemain terbaik yang pernah hadir dalam dunia sukan tennis antarabangsa. Kalau anda masih tidak percaya juga, sila tontoni aksi dan kehebatan beliau dalam video yang saya muatkan tersebut..



Bakat hebat seorang kanak - kanak bernama Madin Mohammad

pasti anda semua tertanya -tanya siapa dia Madin Mohammad? apakah bakat yang dimiliki oleh kanak -kanak tersebut. Rasanya tidak perlu saya menjawab pertanyaan tersebut..Jom kita sama - sama saksikan video tersebut untuk kita mengetahui siapa dia kanak -kanak berumur 6 tahun bernama Madin Mohammad dan apakah keistimewaan dia..



10 jaringan gol paling menarik dalam permainan bola keranjang

Permainan bola keranjang merupakan antara permainan yang popular khususnya di U.S. Perkara yang paling menarik dalam permainan bola keranjang selain daripada kehebatan para pemain mengelecek dan melarikan bola ialah saat ketika seorang pemain melakukan jaringan. dalam video yang saya muatkan ini, anda akan menyaksikan antara 10 jaringan paling menarik dalam permainan bola keranjang...

Tuesday, March 22, 2011

Teknologi untuk masa depan dan terkini..

Menyebut tentang teknologi, saya selalu membayangkan bahawa bagaimana keadaan kehidupan manusia pada suatu masa nanti yang hidup dalam keadaan yang serba canggih. Seperti yang kita sedia maklum, perkembangan teknologi sangat pantas.sudah pasti suatu hari nanti labih banyak lagi teknologi moden yang dicipta oleh para saintis. Dalam entri kali ini saya nak kongsikan teknologi untuk masa depan dan terkini yang mungkin anda semua belum tengok lagi.

BINTANG CIPTAAN SAINTIS
Adakah anda percaya apa yang anda lihat. Itulah bintang yang dicipta oleh para saintis.



LIVERMORE - Saintis-saintis sedang membina sebuah reaktor lakuran lestari pertama di dunia dengan mencipta sebutir bintang kecil di California, Amerika Syarikat (AS).Projek bintang kecil berharga AS$3.5 bilion (RM11 bilion) itu dibina oleh Fasiliti Penyalaan Kebangsaan (NIF) bagi menjana tenaga untuk menyelesaikan krisis kekurangan tenaga dunia yang semakin meruncing. LakAran merujuk kepada pencantuman dua atau lebih nukleus atom yang menghasilkan banyak tenaga. Apabila siap pada tahun 2012, bintang kecil itu berpotensi menjana tenaga menyamai 1,135 liter petrol dengan menggunakan cuma 3.7 liter air laut. Satu siri ujian menunjukkan tenaga yang dibebaskan bintang kecil itu mencecah 1.3 juta mega joule (MJ) sekali gus mencatat rekod dunia. "Reaktor lakuran juga mesra alam dan bebas pencemaran karbon selain menghasilkan sisa radioaktif yang lebih mudah untuk disimpan berbanding loji nuklear," kata Pengarah NIF, Ed Moses.

TRANSPARENT PHONES





Menarik tak..itulah telefon bimbit konsep yang akan dikeluarkan nanti. Ia tidak mustahil untuk direalisasikan. Ada sesiapa yang berminat untuk memiliki telefon bimbit canggih tersebut..sila kumpul duit daripada sekarang..

xWave
Aplikasi Baca Fikiran Untuk Pengguna iPhone





Aplikasi untuk iPhone yang diberi nama xWave ini mampu membaca fikiran anda. xWave membenarkan pengguna untuk mengawal objek pada skrin dengan menggunakan otaknya. canggih tak?

SQUBA CAR







kita jangan silap, kereta yang ditunjukan dalam gambar diatas bukanlah kereta yang jatuh ke dalam sungai. Untuk pengetahuan, kereta tersebut ialah merupakan kereta dua alam yang boleh digunakan di darat dan di air. Kereta tersebut dinamakan sebagai sQuba car.Mungkin idea mencipta kereta ini diperolehi melalui filem dua alam yang diterbitkan oleh Dr.Rozmey hehehe..

FLEXIBLE BIKE




Kalau zaman dulu basikal sudah dianggap sebagai sebuah ciptaan yang canggih.Kini basikal tidak lagi dianggap sebagai satu ciptaan yang canggih. Namun begitu, di U.S seorang pelajar telah mencipta basikal yang flexibel dan boleh dilipat. Ada sesiapa yang nak beli ker...