Search This Blog

Tuesday, November 3, 2009

Badminton









APA ITU SUKAN BADMINTON?

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

SEJARAH SUKAN BADMINTON

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam.sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan. Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association of England ditubuhkan dan merupakan persatuan pertama di dunia untuk sukan badminton. Pada masa yang sama diterbitkan set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

PERTUBUHAN YANG MENGURUS SUKAN BADMINTON

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) ( kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia ) merupakan sebuah badan badminton antarabangsa yang menguruskan sukan ini secara global dan telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936.Ibu pejabat BWF kini terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BADMINTON

Peraturan dan undang-undang permainan badminton telah ditetapkan oleh IBF.

Sistem Pemarkahan

  • Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata.
  • Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.
  • Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada pemain.
  • Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang .
  • Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapat menambah mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi permainan tersebut.
  • Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan pada set kedua.
  • Jarak masa antara permainan dan menamatkan permainan
  • Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 11 mata, pemain mempunyai 60 saat jarak masa antara perlawanan.
  • Jarak masa 2 minit di antara setiap perlawanan dibenarkan.
  • Dalam set ketiga, pemain diberi peluang untuk menamatkan perlawanan apabila mendahului dengan 11 mata.

Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia

Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan beregu :

v Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai

v Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun

v Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai

v Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang

v Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia

v Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan kedudukan dunia

Kemahiran Asas Badminton

Terdapat dua cara memegang raket iaitu pegangan hadapan dan pegangan kilas

Pukulan Servis

Terdapat tiga jenis servis dan empat jenis pukulan dalam permainan badminton iaitu :

I ) Servis Rendah

v Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan

v Ayun raket ke belakang

v Siku bengkok hampir ke badan

v Tangan kiri pegang bulu tangkis

v Lepaskan bulu tangkis

v Ayun raket pantas ke hadapan

v Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri

v Pandang ke sasaran

II ) Servis Flik

v Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri

v Pukulan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan

III ) Servis Tinggi

v Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan

v Ayun raket tinggi ke belakang

v Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka

v Lepaskan bulu tangkis

v Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan

v Pandang bulu tangkis

IV ) Pukulan Hadapan

v Pandang bulu tangkis

v Ayun raket ke belakang

v Sebelah tangan lagi diluruskan

v Ayun raket dengan tangan lurus

v Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi

V) Pukulan Kilas

v Pandang bulu tangkis

v Kaki kanan menyilang ke kiri

v Kilas raket separa bahu

v Pukul bulu tangkis

VI) Pukulan Lob

v Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob. Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan

bergerak jauh ke belakang gelanggang.

VII) Pukulan Smesy

Pukulan smesy boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tunggi di udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally. Sasaranyan ialah ke ruang kosong gelanggang lawan.

v Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan

v Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok

v Sebelah tangan lagi lurus ke atas

v Pukul bulu tangkis dengan pantas

KEJOHANAN UTAMA BADMINTON

Piala Thomas

Kejohanan Piala Thomas adalah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini diadakan dua tahun sekali. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama Presiden IBF Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. kejohanan pertama diadakan di Queen’s Hall, Preston, England. Malaysia pada ketika itu dikenali sebagai Malaya telah memenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskan Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dari Asia.

Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China sebanyak enam kali dan Malaysia lima kali. Manakala Denmark yang berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak lapan kali namun belum pernah sekali pun memenangi kejohanan ini.

Bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Namun mulai tahun 1984 kejohanan ini telah diadakan setiap dua tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber di lokasi dan masa yang sama.

Pusingan kalah mati yang akan menentukan juara dalam lima perlawanan iaitu tiga perseorangan dan 2 beregu pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi tiga perlawanan pertama akan mara ke pusingan berikutnya.

Piala Uber

Piala Uber ialah sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan badminton wanita terbaik dunia. Piala ini didermakan oleh H.S. Uber, seorang pemain badminton wanita dari England pada tahun 1956-1957. Piala Uber adalah kejohanan badminton bagi berpasukan wanita.

Pertandingan Piala Uber yang pertama diadakan di Lytham St. Annes di Lancashire, Britain pada tahun 1957. hal ini timbul kerana desakan supaya dianjurkan satu kejohanan antarabangsa untuk wanita seperti Piala Thomas. Pasukan dari Amerika Syarikat telah memenangi kejohanan pertama selepas menewaskan Denmark 6-1 pada perlawanan akhir. Hanya empat negara sahaja yang berjaya memenangi Piala Uber iaitu Amereka Syarikat, Jepun, China dan Indonesia.

Piala Sudirman

Piala Sudirman ialah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Bulu Tangkis Indonesia ( PBSI). Kejohanan pertama diadakan di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-29 Mei 1989.

1 comment: