Search This Blog

Tuesday, November 3, 2009

Badminton









APA ITU SUKAN BADMINTON?

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

SEJARAH SUKAN BADMINTON

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam.sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan. Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association of England ditubuhkan dan merupakan persatuan pertama di dunia untuk sukan badminton. Pada masa yang sama diterbitkan set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

PERTUBUHAN YANG MENGURUS SUKAN BADMINTON

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) ( kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia ) merupakan sebuah badan badminton antarabangsa yang menguruskan sukan ini secara global dan telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936.Ibu pejabat BWF kini terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BADMINTON

Peraturan dan undang-undang permainan badminton telah ditetapkan oleh IBF.

Sistem Pemarkahan

  • Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata.
  • Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.
  • Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada pemain.
  • Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang .
  • Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapat menambah mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi permainan tersebut.
  • Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan pada set kedua.
  • Jarak masa antara permainan dan menamatkan permainan
  • Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 11 mata, pemain mempunyai 60 saat jarak masa antara perlawanan.
  • Jarak masa 2 minit di antara setiap perlawanan dibenarkan.
  • Dalam set ketiga, pemain diberi peluang untuk menamatkan perlawanan apabila mendahului dengan 11 mata.

Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia

Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan beregu :

v Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai

v Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun

v Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai

v Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang

v Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia

v Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan kedudukan dunia

Kemahiran Asas Badminton

Terdapat dua cara memegang raket iaitu pegangan hadapan dan pegangan kilas

Pukulan Servis

Terdapat tiga jenis servis dan empat jenis pukulan dalam permainan badminton iaitu :

I ) Servis Rendah

v Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan

v Ayun raket ke belakang

v Siku bengkok hampir ke badan

v Tangan kiri pegang bulu tangkis

v Lepaskan bulu tangkis

v Ayun raket pantas ke hadapan

v Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri

v Pandang ke sasaran

II ) Servis Flik

v Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri

v Pukulan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan

III ) Servis Tinggi

v Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan

v Ayun raket tinggi ke belakang

v Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka

v Lepaskan bulu tangkis

v Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan

v Pandang bulu tangkis

IV ) Pukulan Hadapan

v Pandang bulu tangkis

v Ayun raket ke belakang

v Sebelah tangan lagi diluruskan

v Ayun raket dengan tangan lurus

v Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi

V) Pukulan Kilas

v Pandang bulu tangkis

v Kaki kanan menyilang ke kiri

v Kilas raket separa bahu

v Pukul bulu tangkis

VI) Pukulan Lob

v Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob. Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan

bergerak jauh ke belakang gelanggang.

VII) Pukulan Smesy

Pukulan smesy boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tunggi di udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally. Sasaranyan ialah ke ruang kosong gelanggang lawan.

v Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan

v Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok

v Sebelah tangan lagi lurus ke atas

v Pukul bulu tangkis dengan pantas

KEJOHANAN UTAMA BADMINTON

Piala Thomas

Kejohanan Piala Thomas adalah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini diadakan dua tahun sekali. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama Presiden IBF Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. kejohanan pertama diadakan di Queen’s Hall, Preston, England. Malaysia pada ketika itu dikenali sebagai Malaya telah memenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskan Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dari Asia.

Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China sebanyak enam kali dan Malaysia lima kali. Manakala Denmark yang berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak lapan kali namun belum pernah sekali pun memenangi kejohanan ini.

Bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Namun mulai tahun 1984 kejohanan ini telah diadakan setiap dua tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber di lokasi dan masa yang sama.

Pusingan kalah mati yang akan menentukan juara dalam lima perlawanan iaitu tiga perseorangan dan 2 beregu pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi tiga perlawanan pertama akan mara ke pusingan berikutnya.

Piala Uber

Piala Uber ialah sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan badminton wanita terbaik dunia. Piala ini didermakan oleh H.S. Uber, seorang pemain badminton wanita dari England pada tahun 1956-1957. Piala Uber adalah kejohanan badminton bagi berpasukan wanita.

Pertandingan Piala Uber yang pertama diadakan di Lytham St. Annes di Lancashire, Britain pada tahun 1957. hal ini timbul kerana desakan supaya dianjurkan satu kejohanan antarabangsa untuk wanita seperti Piala Thomas. Pasukan dari Amerika Syarikat telah memenangi kejohanan pertama selepas menewaskan Denmark 6-1 pada perlawanan akhir. Hanya empat negara sahaja yang berjaya memenangi Piala Uber iaitu Amereka Syarikat, Jepun, China dan Indonesia.

Piala Sudirman

Piala Sudirman ialah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Bulu Tangkis Indonesia ( PBSI). Kejohanan pertama diadakan di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-29 Mei 1989.

Kecergasan


KONSEP KECERGASAN

Ahli- ahli fisiologi menyatakan bahawa kecergasan merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mampu melakukan kerja sehariannya tanpa kelesuan dengan menggunakan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan yang boleh digunakan sewaktu masa kesenggangan dan dalam keadaan kecemasan.

Kecergasan boleh didefinisikan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap. Ini secara keseluruhan melibatkan kecergasan sosial, kecergasan psikologi, dan kecergasan fisiologi. Kesemua ini ditentukan oleh persekitaran, keturunan atau baka dan cara hidup seseorang.

Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen fizikal, mental, sosial, rohani dan emosi. Kecergasan ini boleh memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat. Ia juga boleh mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap.

Defini kecergasan yang paling popular adalah seperti yang dicadangkan oleh Akademi Pendidikan Jasmani Amerika Syarikat. ( Clarke,1979 ). Kecergasan adalah keupayaan meaksanakan tugasa harian dengan cekap dan cekap tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti riadah. Selain daripada itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul.”

KECERGASAN BERASASKAN KESIHATAN
Kecergasan berasaskan kesihatan mempunyai lima komponen :

Daya tahan kardiovaskular – keupayaan jantung dan sistem peredaran darah dapat berfungsi secara berterusan sewaktu seseorang melakukan kerja pada tempoh masa yang panjang.

Daya tahan otot – kebolehan melakukan kerja dalam suatu tempoh yang lama dengan melakukan kerja yang berulang-ulang. Ia bergantung kepada kecekapan pembekalan darah dan keupayaan otot untuk menghasilkan laktik asid.

Kekuatan otot – keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya(kerja). Ia juga boleh meningkatan kebolehan paru-paru untuk mengangkut lebih banyak oksigen ke otot-otot untuk menghalang kelesuan dan keletihan.

Kelembutan – keupayaan sendi-sendi untuk membenarkan sesuatu pergerakan yang berlaku dengan licin tanpa menghadapi sebarang rintangan. Hasil pergerakan biasanya ditentukan oleh kepanjangan otot-otot, ligamen,
tendon dan struktur sendi seseorang.

Komposisi badan – merujuk kepada bahagian-bahagian badan tanpa lemak/tisu dan bahagian berlemak. Lebihan lemak dibahagian otot tidak membahayakan kesihatan jika dibandingkan berat badan itu dari dominasi kumpulan lemak.

KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN LAKUAN MOTOR
Terdapat enam komponen penting dalam kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor :

Koordinasi – merupakan keberkesanandan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang. Ia melibatkan pergerakan kesemua anggota badan. Ia merupakan keupayaan menggunakan pancaindera, badan dan hubungan mental dengan sempurna.

Keseimbangan – kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti dan dasar( tapak ) yang menyokong seseorang itu diubah. Terdapat dua jenis imbangan iaitu imbangan statik yang mana pusat graviti berada pada kedudukan setempat dan imbangan dinamik pula keupayaan mengekalkan keseimbangan sewaktu pusat graviti telah diubah.

Ketangkasan – keupayaan seseorang untuk membuat pergerakan berturutan ke sesuatu arah yang berbeza dengan cekap, pantas, kemas dan mudah.

Kuasa – keupayaan individu melakukan pergerakan pantas atau mengejut yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Ia adalah hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangka masa yang singkat dan merupakan gabungan antara kekuatan kuncupan otot dan kepantasan kuncupan otot.

Kelajuan – keupayaan individu membuat pergerakan yang berturutan dengan pantas dalam jangka masa yang singkat mengikut sesuatu arah. Kelajuan berkait rapat dengan masa tindak balas. Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah dan kekerapan langkahan.

Masa tindak balas – sesuatu jangka masa yang diambil untuk bergerak atau bertindak selepas menerima sesuatu ransangan. Masa tindak tindak balas dikaitkan dengan faktor ketangkasan.Kebolehan ini mampu membantu ketika dalam pertandingan dan sewaktu kecemasan.

futsal


Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan

Sejarah Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA.[1] Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan. Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuanrumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay. Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985.[2] Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah mencipta nama fut-sal pada tahun 1985.