Search This Blog

Tuesday, November 3, 2009

Kecergasan


KONSEP KECERGASAN

Ahli- ahli fisiologi menyatakan bahawa kecergasan merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mampu melakukan kerja sehariannya tanpa kelesuan dengan menggunakan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan yang boleh digunakan sewaktu masa kesenggangan dan dalam keadaan kecemasan.

Kecergasan boleh didefinisikan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap. Ini secara keseluruhan melibatkan kecergasan sosial, kecergasan psikologi, dan kecergasan fisiologi. Kesemua ini ditentukan oleh persekitaran, keturunan atau baka dan cara hidup seseorang.

Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen fizikal, mental, sosial, rohani dan emosi. Kecergasan ini boleh memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat. Ia juga boleh mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap.

Defini kecergasan yang paling popular adalah seperti yang dicadangkan oleh Akademi Pendidikan Jasmani Amerika Syarikat. ( Clarke,1979 ). Kecergasan adalah keupayaan meaksanakan tugasa harian dengan cekap dan cekap tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti riadah. Selain daripada itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul.”

KECERGASAN BERASASKAN KESIHATAN
Kecergasan berasaskan kesihatan mempunyai lima komponen :

Daya tahan kardiovaskular – keupayaan jantung dan sistem peredaran darah dapat berfungsi secara berterusan sewaktu seseorang melakukan kerja pada tempoh masa yang panjang.

Daya tahan otot – kebolehan melakukan kerja dalam suatu tempoh yang lama dengan melakukan kerja yang berulang-ulang. Ia bergantung kepada kecekapan pembekalan darah dan keupayaan otot untuk menghasilkan laktik asid.

Kekuatan otot – keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya(kerja). Ia juga boleh meningkatan kebolehan paru-paru untuk mengangkut lebih banyak oksigen ke otot-otot untuk menghalang kelesuan dan keletihan.

Kelembutan – keupayaan sendi-sendi untuk membenarkan sesuatu pergerakan yang berlaku dengan licin tanpa menghadapi sebarang rintangan. Hasil pergerakan biasanya ditentukan oleh kepanjangan otot-otot, ligamen,
tendon dan struktur sendi seseorang.

Komposisi badan – merujuk kepada bahagian-bahagian badan tanpa lemak/tisu dan bahagian berlemak. Lebihan lemak dibahagian otot tidak membahayakan kesihatan jika dibandingkan berat badan itu dari dominasi kumpulan lemak.

KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN LAKUAN MOTOR
Terdapat enam komponen penting dalam kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor :

Koordinasi – merupakan keberkesanandan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang. Ia melibatkan pergerakan kesemua anggota badan. Ia merupakan keupayaan menggunakan pancaindera, badan dan hubungan mental dengan sempurna.

Keseimbangan – kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti dan dasar( tapak ) yang menyokong seseorang itu diubah. Terdapat dua jenis imbangan iaitu imbangan statik yang mana pusat graviti berada pada kedudukan setempat dan imbangan dinamik pula keupayaan mengekalkan keseimbangan sewaktu pusat graviti telah diubah.

Ketangkasan – keupayaan seseorang untuk membuat pergerakan berturutan ke sesuatu arah yang berbeza dengan cekap, pantas, kemas dan mudah.

Kuasa – keupayaan individu melakukan pergerakan pantas atau mengejut yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Ia adalah hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangka masa yang singkat dan merupakan gabungan antara kekuatan kuncupan otot dan kepantasan kuncupan otot.

Kelajuan – keupayaan individu membuat pergerakan yang berturutan dengan pantas dalam jangka masa yang singkat mengikut sesuatu arah. Kelajuan berkait rapat dengan masa tindak balas. Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah dan kekerapan langkahan.

Masa tindak balas – sesuatu jangka masa yang diambil untuk bergerak atau bertindak selepas menerima sesuatu ransangan. Masa tindak tindak balas dikaitkan dengan faktor ketangkasan.Kebolehan ini mampu membantu ketika dalam pertandingan dan sewaktu kecemasan.

No comments:

Post a Comment